Total Pageviews

Friday, April 6, 2018

AIMAN 3 : DUNIA TERBALIK

                                                                      بسم الله الرحمن الرح

   Seperti biasa Aiman bangun tidur, selak langsir, berus gigi dan teruskan rutin harian.

                                                                              *******

     Malam itu, ketika imam masih lagi berwirid diikuti sebilangan makmum, Aiman terus bangun dan duduk bersandar di bahagian belakang masjid. Diri itu, ingin bersendirian, berfikir dan melepaskan beban yang terbuku dalam hati.

     Sudah beberapa kali Aiman dilekeh dan dipersoal pilihannya kerana keputusannya yang ingin memilih untuk menyambung bidang perubatan berbanding bidang lain. Banyak lagi bidang yang menjanjikan kehormatan,kemewahan dan kesenangan.

     Pada zaman ini dimana seni dan agama diutamakan dan disanjung berbanding bidang bidang bersifat sains. Bidang sains yang dipandang sebagai bidang golongan pertengahan dan tidak mahsyur.

     Bidang yang dipenuhi fakta,kepayahan dan pulangan yang sedikit. berbanding bidang seni yang bersifat abstrak dan boleh beri mengikut pandangan kita dan memaksa masyarakat untuk akur dan kagum dengan hasil yang ditunjukkan.

     Ingat lagi kalau dahulu, golongan seni dan agama akan diperli sebagai golongan yang tiada masa depan,dituduh sebagai penunggang dan pengambil kesempatan apabila hidup di dalam kemewahan.

     Dan ini semua berubah hanya dengan helaan nafas,terlalu pantas. Sepertinya dunia diterbalikkan.

    Bagaikan mimpi ataupun magis, dunia dan zaman di mana Aiman berada begitu berubah daripada zaman yang pernah diceritakan ibu bapanya dahulu.

    Pada setiap norma dan perjalanan masyarakat yang dahulu itu dikhabarkan telah berubah secara total. Golongan minoriti yang memperjuangkan idea kecil kini menjadi majoriti, orang tidak lagi mengkritik golongan ber-autoriti.
   
    Dunia kini dimana kita dilarang untuk tidak mempunyai impian, hampir semua manusia bercerita tentang impian besar mereka,bagi sesiapa yang tidak mempunyai impian dianggap hina. Manusia memandang rendah dan pelik pada manusia yang hidup pada zon selesa dan hanya ,mengikut rutin harian.

    Dunia kini berfungsi dengan yang baik dianggap normal , yang buruk dianggap teruk. Yang buruk hanya mendapat tempat dalam kalangan orang yang mengamalkannya. Hanya sedikit , minoriti. Seperti biasa, minoriti akan bersuara memperjuangkan hak mereka untuk mengamalkan apa yang dirasakan mereka betul.

    Seingat dia begitulah permulaan bagaimana dunia yang dahulu itu bertukar, bermula daripada instinct survival,kemudian berubah menjadi stabil apabila disokong dan seterusnya menguasai dan mendominasi.

    Aiman mengeluh `` dunia dunia, ramai yang ingin menduga berapa luasnya , tetapi tidak ramai yang mahu bergerak melihatnya ". Ketika dia mendongak ingin memandang bumbung masjid,aneh bintang dan malam terus terlihat tanpa hijab membatas.

   `` Sah " terdetik di hati Aiman.

                                                                 ********

     Seperti biasa, bangun tidur, selak langsir, berus gigi dan teruskan rutin harian. Sambil Aiman membelek wajahnya pada cermin, teringat dia akan mimpi malam tadi.

     Kalau dunia ini betul akan terbalik, dimanakah dia di dalam masyarakat yang terbalik?

     Tanpa dipengaruhi fikiran yang melambatkan, dia menepikan persoalan tersebut dan menjalani harian hidup yang selesa dan normal. Dia lebih selesa begitu.



     

No comments:

Post a Comment