Total Pageviews

Saturday, December 17, 2016

Siapa tuhan kamu?

Kita acapkali dengar soalan ini apabila perbicaraan mengenai azab kubur.
Manusia tanpa sedar,
Menafikannya dalam kehidupan seharian.
Peringatan khusus buat aku yang rohani sudah lama disekat makanannya,

Kali ini saya nak menulis mengenai betapa kroniknya dunia sekarang yang bermatlamatkan nama dan harta.

Suatu ketika, insan yang ikhlas sayang akan diriku selalu menegur, mengatakan kita jadi baik tak perlu sampai mengorbankan diri kerana dunia dan masyarakat sekarang mementingkan kebendaan daripada adab dan nilai murni.
Tiada lagi unsur hidup aku untuk kau, kau untuk aku.
Hanya kau untuk aku, aku untuk aku.

Realiti,
Manusia yang memberi inginkan manfaat pada dirinya,
Nama mahupun balasan balik.
Manusia yang menerima pula perlu tunduk sujud menyembah.

Aku pernah memikirkan bagaimana dunia ini boleh berubah daripada para sahabat yang berkorban tanpa mengharapkan balasan kepada dunia yang bertuhankan kebendaan.

Mungkin aku yang belum cukup jauh berjalan mengenal manusia,
Aku yang mengapi apikan ketiadaan nilai,
Mungkin mata ini belum melihat,
Melainkan pengorbanan ibu bapa,
Yela umur pun baru setahun jagung,
Berjalan pun belum berbatu.

Penyelesaian,
Banyak kali orang kata bermula dari diri sendiri,
Aku jadi muak dan bosan.
Sekarang ni valid lagi ke perjuangan berseorangan.
Jika sehari dua, mungkin kuat,
Beranjak ke tahun dan abad
Mahu gila.

Jujurnya aku pandai dalam ekspresi dan mengapi dalam penulisan,
Hakikatnya,  peribadi dan perbuatan malah perkataan pun aku masih lagi cacat untuk memahami perkara ini.

Mungkin sekarang cukup bukti ibu bapa, adik beradik dan teman yang memberi harapan bahawa nilai ini masih wujud.

Terang malam disinari bulan,
Melegakan kapal untuk bersauh,
Yang baik hendaklah disimpan,
Yang buruk eloklah dibuang jauh.

Monday, November 14, 2016

Aziz #5 Aku takkan terhina?

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..


     Pagi yang hening,sunyi ditemani udara segar yang mendamaikan. Matahari baru di awal permukaan bumi memancarkan sinar harapan dan kehidupan. Aziz sedang berehat sambil termangu keseorangan di bangku sekolah hadapan asrama. Bertemankan angin damai pagi dan kicauan burung yang keluar mencari rezeki. Tenang yang mendamaikan. Aziz terkenangkan sudah hampir tiga tahun berada di luar kampung berseorangan, tidak diziarahi malah tidak juga pulang ke rumah.

     Tiada faktor lain melainkan ketiadaan duit untuk pulang ke rumah yang dipisahkan dua negeri. Setiap kali cuti persekolahan , Aziz mengambil peluang untuk bekerja di sekitar ibu kota. Hidup menumpang di rumah kawan kawan sambil berniaga kecil kecilan dan mengambil upah kerja sampingan.

      Berkelana bukan susah , bukan juga mudah. Penat dan kegalauan ditanggung sendiri. Jika ingin mengadu , perlu menulis surat , hanya tiga minggu paling cepat akan mendapat balasan. Rakan rakan juga nasib lebih kurang dirinya. Jadi berdiam diri sambil memasak keyakinan yang mampu dilakukan.

      Tahun ini merupakan tahun yang besar buat Aziz. Dirinya akan menghadapi Sijil Penilaian Rendah. Berbaki 3 bulan lagi, Aziz sedar dirinya tidak sepenuhnya bersedia. Aziz perlu sekurang kurangnya lulus peperiksaan ini, untuk terus kekal mendapat tempat di asrama. Dirinya tiada pilihan lain melainkan berusaha untuk mendapat tempat di asrama pada tahun berikutnya. Ini kerana jika dirinya tidak mendapat tempat, tiada kata dua melainkan beliau perlu kembali ke rumah ataupun berhenti sekolah tanpa pengetahuan dan mencari kerja di ibu kota.

      Jika diikutkan peperiksaan pada pertengahan tahun yang lalu, keputusannya amat merisaukan. Sesak dada dan serabut otak Aziz memikirkan kehidupannya selepas ini. Aziz bingung memikirkan sama ada perlu berusaha mendapat tempat dan kekal, ataupun mula merancang kembali ke rumah ataupun mencari tempat bekerja di ibu kota.

       Memandangkan matahari semakin naik, Aziz perlu bersegera  kerana sekolah mengadakan kelas tambahan pada hujung minggu bagi pelajar tingkatan tiga. Dalam perjalanan menuju ke biliknya, Aziz terlihat seekor gagak sedang mematuk roti yang ditinggalkan terbuka di atas meja. Bergegas kelihatan seorang pelajar lelaki berlari menghalau gagak tersebut.  Terbanglah gagak tadi meninggalkan tempat yang disangka akan menjadi rezeki paginya.

       Aziz tersentak seketika. Peristiwa sebentar yang berlaku pantas tadi membuatkan Aziz berfikir sejenak. Lintasan ilham dan kesedaran terdetik. Aziz bermonolog '' jika aku hanya sekadar hidup untuk mencari makanan, aku akan jadi terhina seperti gagak tadi, dihalau ketika mencari rezeki, aku pula orang luar, kalau aku mendapat keputusan elok,aku boleh kekal dan teruskan pelajaran aku disini, aku akan dipandang tinggi dan dihormati '' kecil hatinya bersuara.
   
       Aziz menbuat pilihan dan menekadkan jawapan yang diperolehi sebentar tadi. Hidup biar terhormat. Semangat baru membakar. Aziz perlahan berbisik '' aku mesti mendapat tempat untuk tahun depan ''.

                                                                  ******

Taiping , Perak.
 
      ''  Uji , kamu ke sana nanti belajar rajin rajin, jangan pikir sangat pasal mak nan abah kamu kat sini, dari kecik kamu dah bantu mak ni, belajar rajin rajin, besar dapat kerja elok nanti. '' kata Mak Lah kepada anak perempuannya.

     '' Orang tahu la mak , orang belajar rajin rajin kat sana '' balas uji sambil menyalam kedua ibu bapanya.

     Bermula kisah seorang pejuang kecil memperjuangkan nasib keluarga.
                                                               
# doakan projek Uji dan Aziz

Wednesday, September 14, 2016

Aku dipandang sebagai golongan kedua?

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum semua.

Keluhan aku pada tulisan kali ini ialah berkenaan sisi pandang manusia pada golongan kelas kedua.

Realitinya, kebanyakan masyarakat moden kini memandang selain daripada golongan professional sebagai golongan kelas kedua.

Tafsiran aku pada golongan professional ialah golongan yang belajar di universiti dan terlibat dalam kalangan arus perdana seperti doktor, jurutera, bidang sains dan matematik amnya.

Seterusnya,
Golongan kemahiran, sukan, seni dan agama juga tidak diutamakan (dipilih untuk diceburi) baik dari sudut pendidikan ataupun pilihan masa hadapan (pekerjaan).

Golongan ini hanya diangkat atau dibanggakan apabila menempa nama di persada masyarakat ataupun memberikan pulangan yang mengikut cita rasa umum.

Sebagai contoh ,walaupun atlet sukan negara dipandang apabila berjaya merangkul pingat dalam sesebuah kejohanan, tiada lagi masyarakat yang sanggup menjadikan sukan sebagai kerjaya.

Saki baki sukan yang lain tidak diberi insentif atau sokongan yang selayaknya apabila mereka belum berjaya dan tidak masyhur.

Bidang seni jauh sekali untuk dipilih sebagai mata pencarian.

Golongan artis disanjung manakala golongan pelukis ataupun pemuzik tidak dipandang.

Semuanya mengikut kehendak arus semasa.

Bidang agama pula semakin sadis apabila dipilih sebagai jalan terakhir selepas ketiadaan peluang untuk menempatkan diri dalam kalangan arus perdana.

Agamawan yang memberi fatwa ataupun nasihat yang sesuai mengikut hawa nafsu dan kehendak hati umum sahaja yang diberi tempat dalam kalangan masyarakat manakala yang menegur ataupun memberitahu kebenaran yang menyakitkan dipinggir dan dimaki.

Agamawan hanya dipuja apabila menzahirkan ciri islamik dan menepati cita rasa masyarakat.

Sekarang muncul pula golongan daripada agamawan yang mengambil langkah drastik untuk tidak langsung sama atau dikatakan sama dengan golongan diatas.

Jadi berlakulah pelanggaran dan pertempuran antara keduanya.

Sepatutnya agamawan perlu bijak untuk berasimilisasi dalam kalangan masyarakat dan agamawan yang memegang pegangan cara lama.

Berbalik kepada isu,
Jadi kebanyakan golongan agamawan hanya dibenarkan menyentuh isu permukaan seperti khasiat makanan sunnah, pakaian yang menzahirkan ciri ciri agama dan perkaitan agama yang "mainstream" kerana ini kehendak masyarakat umumnya.

Isu permasalahan semasa , pandangan politik yang adil dan penilaian ekonomi kurang malah amat sedikit yang mengambil pandangan daripada sudut agama.

Masyarakat tidak lagi menyerahkan dan menilai pandangan dari sisi kacamata seorang agamawan secara adil.

Hanya agamawan yang disukai sahaja yang didengar pandangannya walaupun kurang pada pembuktiannya.

Aku merasakan puncanya ialah tiada jaminan masa hadapan dari sudut mata pencarian dan kelemahan sistem dalam mengangkat golongan kelas kedua.

Selain daripada orang dalam bidang itu sendiri yang merosakkan nama serta mengambil kesempatan terhadap kepercayaan masyarakat.

Contohnya , golongan agamawan yang menampilkan perangai buruk dan ketiadaan etika ketika bertugas.

Maka, akan berlakulah fenomena pukul rata.

Isu lain yang aku ingin sentuh ialah,
Para lepasan sekolah ramainya memilih universiti sebagai jalan selepas tamat persekolahan.

Percubaan untuk hidup tanpa kehidupan sosial universiti tidak dipilih kerana tidak didokong oleh sistem dan masyarakat.

Kita juga takut untuk menjadi asing.

Kita tidak mampu mengubah sistem dan sisi pandang masyarakat keseluruhannya.

Aku masih buntu apa yang aku atau kita mampu.

Jawapan terkini yang diterima adalah kita hanya mampu belajar dan menjadi orang "besar" yang mampu mengubah.

Kita masih mampu mengubah pandangan masyarakat dengan kejayaan.


Ini hanya pandangan seorang budak kelas kedua yang lemah.

Segala kesilapan fakta dan kesalahan dalam pandangan ini boleh ditegur dengan murni.

Perkongsian maklumat dan perbincangan amat diharapkan walau siapa pun anda yang membaca.

Sekian.


Masih jauh perjalanan ,
Next station pun belum tentu kejayaan,
Silap silap zombie..
^..^


Wednesday, July 13, 2016

Realiti vs Alam Maya

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Aku tidak menafikan sumbangan besar media sosial dalam kalangan masyarakat , akan tetapi setiap perkara yang melampau dan berlebihan pasti membawa kesan yang buruk.

Keadaan masyarakt kita sekarang yang sebahagian besar telah dikawal dan ditunggang oleh kemudahan internet amnya,  media sosial khususnya.

Penyakit ketagihan dan penipuan semakin menjadi jadi dalam kalangan masyarakat kit pada hari ini.

                                  *****

Isu ketagihan tidak ingin saya ceritakan dengan panjang lebar.  Perasaan marah ,jelik dan terkilan terhadap segolongan yang tidak boleh mengalihkan pandangan daripada skrin telefon bimbit mereka.

Aku tak tahu jika mereka mampu hidup atau tidak jika ketandusan internet.

Kemahuan yang menjadi keperluan peribadi seperti nikotin dalam rokok.

                              *****

Isu kedua pula mengenai penipuan. Tidak dinafikan bahawa tulisan yang disusuli tindakan dan roh keikhlasan.  Namun terdapat sebilangan besar penulisan yang hanya ingin menjual diri dan menonjolkan peribadi daripada penulisan.

Peribadi sepatutnya dipersembahkan dalam kehidupan realiti bukan semata bermain kata di alam maya.

Akhir sekali aku menegaskan bukan salah terletak pada kemudahan yang telah tersedia akan tetapi cara kita dalam menggunakannya.

#😉😀😃😭😁😘

Saturday, July 2, 2016

Nikmat yang ditunda. #EdisiRaya

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Apabila kita sebut pasal raya pasti akan terlintas dalam kepala mengenai Hari Raya Aidilfitri berbanding Hari Raya Aidiladha. Kebanyakan masyarakat kita sebegitu. Ini kerana suasananya yang berbeza.

Aidilfitri menjadi satu perayaan yang mana lazimnya, keluarga besar akan berkumpul dan menyambutnya bersama. Yang jauh , yang dekat akan berkumpul dan merayakan Aidilfitri dengan pelbagai ragam.

Kaum ibu mungkin sibuk memasak juadah pagi raya, kaum bapa mengemas dan menyediakan rumah untuk diziarahi oleh sanak saudara jauh dan jiran terdekat dan tidak dilupakan juga kaum anak yang sibuk bermain sesama sendiri, berkongsi cerita, mencipta kenangan dan menghidupkan suasana riuh malam raya.

Malam raya bagi masyarakat Malaysia merupakan malam yang menjanjikan malam yang riuh dan hidup. Keluarga besar yang berkumpul akan melupakan hal pekerjaan dan perkara peribadi bagi menghidupkan suasana tersebut. Ironinya kini teknologi cuba merampas kebahagiaan ini. Alam maya kini lebih digemari berbanding alam nyata. Bukan ini isu utama saya cuba untuk tekankan dalam penulisan kali ini. Aku amat benci keadaan yang ini.

Memasak dan merewang bersama menjadi acara wajib ahli keluarga. Menyiapkan ketupat, membakar lemang dan memasak lauk pauk yang pelbagai. Masyarakat melayu memang juara dalam bab masakan yang pelbagai. Perkara ini yang menjadi nikmat yang dirindukan oleh para perantauan. Lebih lebih lagi yang bersendirian.


Iklan iklan raya yang disaji dan drama drama berkisar tentang Aidilfitri  juga menjadi salah satu antara perkara wajib yang akan menjadi tontonan masyarakat awam. Syahdu, sedih, berseorangan, gembira, riang ria dan ikatan kekeluargaan antara emosi dan sentimen yang akan dimanipulasikan dan dimainkan oleh para pengarah. Berjaya atau berkesan itu cerita kedua.

Perkara ini amat memainkan peranan dalam menghidupkan suasana raya itu sendiri.

Sambutan raya itu sendiri luas dan terbuka kepada individu untuk menafsirkannya dan menzahirkan dalam bentuk perbuatan. Ada yang sanggup berkorban demi bersama yang tersayang, ada yang menyambut ala kadar bersama keluarga kecil, ada yang mencari peluang baru untuk memadam dendam dan perbalahan lama dan ada yang terpaksa berkorban berjauhan demi impian dan tanggungjawab.

Ini semua membuatkan Aidilfitri itu sendiri memiliki seribu satu makna terhadap cara perlaksanaan dan sambutan yang berbeza.

Ini membuatkan Aidilfitri itu sendiri menjadi unik berbanding perayaan yang lain.

Sebelum mengundurkan diri,
Disamping kita bergembira menyambut Aidilfitri, jangan dilupakan juga Ramadhan yang telah berlalu agar kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.

Allah memberikan nikmat Aidilfitri untuk dinikmati. Sambutlah dan nikmatilah dengan penuh rasa syukur kepada nikmat ini tidak kira apa jua keadaan kita.



#020716
#secondincommand
#ramadhanmemory

mood raya tahun ni macam dalam gambar..hehehehe

Monday, May 9, 2016

Aku dan Diri

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

A : Kenapa muram je aku tengok kau ni,B ?

B : Hurmm, aku rasa down sangat , aku rasa tak yakin dengan diri sendiri. Aku rasa diri aku yang paling lemah dalam kalangan kita ni. Apa apapun aku rasa aku tak mampu untuk berdiri sendiri.

A : Faham , tapi kau perasan tak semua perasaan ni kau sendiri yang rasa. Orang lain tak rasa macam tu pun dekat kau . Kau yang berperang dengan diri sendiri. Then, kau lemah sendiri, lagi buruk kau tak cuba perbaiki perasaan sebegitu

B :  Hurmm.. * mengalir air mata * . Aku pun buntu. Bukan Aku tak nak berubah tapi aku tak mampu tambah pula dengan tekanan masalah luar.

A : Sekarang kau dengar apa aku bagitahu ni . Nak yakin dengan diri memang mudah. Jangan kau bandingkan orang lain dengan diri kau. Apa yang kau kena fikirkan ialah diri sendiri dan orang yang berharap kepada kau walaupun seorang.


                                                                    *********


Pertama sekali, kehidupan ini bukan untuk dibandingkan. Kehidupan ini juga tidak boleh disamakan. Setiap daripada kita memegang watak yang berbeza dan skrip yang khas hanya untuk diri kita. Tidak adil sama sekali watak dibandingkan hanya pada satu perkara dan menidakkan perkara yang lain.

Manusia itu seharusnya dihargai pada apa pun kelebihan mereka. Perkara ini tidak termasuk perkara yang jahat ini kerana tiada lagi watak dalam dunia ini dilahirkan dengan fitrahnya kejahatan. Allah itu maha adil dalam setiap perjalanan Qadha dan Qadar. Kita sebagai manusia yang tidak dapat melihat keadilan dalam setiap peristiwa , dan disitu fungsinya iman bagi merasainya.


                                                                   *********


Once you start love yourself , then endless of love will come. Keyakinan kita dengan Tuhan kena padu, baru dalaman kita tidak mudah goyah dan lemah. Usaha dengan kudrat dan segala peluang yang kita ada sehingga tiada ruang lagi untuk diusahakan. Baru kita boleh mengalah.

Segala yang berkaitan diri kita, kita yang perlu bertindak bagi mendapatkan apa yang terbaik untuk diri kita. Kita yang bertanggungjawab atas diri kita.

Di samping itu, walaupun kita mengejar kebahagiaan untuk diri kita jangan sesekali kita merosakkan atau menganggu kebahagiaan orang lain.

Jika orang sekeliling kita tidak bahagia dengan kehadiran kita walaupun kita bahagia sendirian , berjaga jaga lah itu petanda bahawa sikap pentingkan diri dah menguasai.

   
                                                                   *********

Hari ini admin sangat penat dan bosan dengan kehidupan yang berpura pura. Jika semua tak nak menyelesaikan masalah ataupun tak nak berusaha untuk mencapai kedamaian, seribu kebaikan pun yang dilakukan akan dipandang masyarakat sebagai sampah dan fitnah.

Tidak ada masalah nak putus asa ataupun berdiam diri, tapi sampai bila. Jangan bina alasan atas benda benda remeh. Jika nak penat, semua orang penat. Jika kata ada masalah peribadi, ingat orang lain hanya bahagia sahaja ke? Sehabis baik cuba tonjolkan sisi yang ceria, suatu masa akan mati juga watak itu. Semoga dihindari sebelum terjadi.


# doakan aziz 5 muncul dalam masa terdekat.

Sunday, April 17, 2016

Aziz #4 Bangunan Manusia

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

" Aku dengar dari Cikgu Zul , ada bangunan pencakar langit yang akan dibina di ibu kota ni, katanya menara berkembar " kata Aziz kepada Mizan. " Yeke, aku pun ada dengar , ada jugak  baca dekat surat khabar ahad lepas "mengomel Mizan sambil mengesat manik peluh di dahi. Pagi sabtu minggu ke empat setiap bulan merupakan hari yang ditunggu tunggu oleh setiap pelajar lelaki asrama sekolah, ini kerana waktu inilah merupakan peluang mereka bagi keluar ke bandar bagi melepaskan tekanan mahupun mengambil angin. Pagi itu, Aziz dan Mizan telah merancang untuk pergi ke kedai bundle dockers di ibu kota. Seluar bundle Dockers menjadi kegilaan remaja pada ketika itu. " Wei, Aziz kau tahu tak mana kedai tu? Aku ikut kau je ni, Abang Paan pula ada hal, kalau tak dia memang pakar lubuk bundle ni. "


 Aziz hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan sepasang suami isteri bersama anak kecilnya yang menangis serta merengek. Kehendaknya tidak dipenuhi barangkali. Anak mata Aziz mengekori langkah seorang lelaki tua yang memimpin basikal tua jepun yang  atasnya terdapat sebakul besar berisi peralatan rumah barangkali. Sedih dan kasihan bercampur.Pengemis hanya dipandang hina. Pekerja sapu sampah tidak ditegur sapa. Orang berkot ditegur kiri dan kanan. Orang kaya memandu kereta. Orang miskin menunggang basikal. Agaknya bangunan manusia juga telah dibina, yang gah sahaja dipandang, yang buruk hanya dipandang begitu sahaja.  Perasaannya bercampur melihat kehidupan kota. Pertama kali kakinya menjejak ke bandar membuatkan Aziz agak kekok dengan suasananya yang pelbagai, berbeza sekali dengan keadaannya di kampung.


" Woi , Aziz kau dengar tak aku tanya ni? . Mengelamun jauh pula kawan aku ni " marah si Mizan. Lamunan Aziz terhenti, " maaf tu Jan , aku cuma terkesima dengan kehidupan kota ini , bukan apa beza sungguh daripada kampung aku, jom kita pergi cari kedai bundle nanti takut terkilan pula ". Tidak sampai beberapa langkah , telinga mereka menangkap suara jeritan meminta tolong. Kelihatan seorang wanita tua sedang mengejar seorang remaja mungkin lingkungan belasan tahun sebaya mereka ataupun muda daripada mereka. Masyarakat sekeliling hanya memerhati dan berkata belakang. Tiada yang membantu.


" Jan, kau tengok nenek tu kena ragut , tolong dia jom " kata Aziz. " Alaa, biarkan la ,bukan urusan kita, lagipun budak yang ragut tu dah jauh la Aziz " balas Mizan. " Kalau kau tak nak pergi , biar aku seorang je " segera Aziz berlari meninggalkan Mizan. Terpinga Mizan ditinggalkan , segera mengekori Aziz dari belakang. " Woi tunggu aku, Aziz " laung Mizan . Segera mereka berdua mengejar remaja yang sudah jauh daripada tempat kejadian.


Pisau lipat hanya dipandang tenang oleh Aziz. " Mizan , aku nak kau tunggu belakang, aku bagi isyarat kau alihkan jauh jauh pisau budak ni tahu " bisik Aziz memberi arahan kepada Mizan. Teringat Aziz kepada ajaran bapanya, apabila senjata digunakan oleh pihak musuh pertama sekali perlu tenang dan lihat keadaan sekeliling bagi mengurangkan kadar kecederaan. " Woi, korang bisik apa tu, korang jangan kacau aku kalau tak nak cedera , tinggalkan aku , aku takkan cederakan korang " kerah budak itu. Aziz perlahan menghampiri budak itu sambil berkira kira setiap pergerakan . " Aku bukan nak kacau kau, tapi aku cuma nak minta kau serahkan balik beg bimbit nenek itu, takkan kau tiada rasa bersalah " perlahan Aziz cuba mengawal situasi. " Aku nak makan apa bodoh, kalau aku tak curi beg ni, adik adik aku dah menangis kelaparan kat rumah tu, aku nak suap apa, cakap!!!!!!!" beremosi budak itu membalas. Ketika keadaan memberi peluang , pantas Aziz menyeluk kaki budak itu dan mengunci tangan serta menjauhkan pisau daripada mereka. Mizan segera mengutip pisau yang jatuh.


" Ok ok, jangan apa apakan aku, lepaskan aku , aku janji tak buat apa apa " kata budak itu sambil menangis. Perlahan Aziz melepaskan budak itu, sambil mengheret dia kembali kepada nenek tua itu tadi. Mizan membuang jauh pisau itu dan mengekori mereka berdua ke tempat nenek tadi diragut. Aziz mengarahkan Mizan untuk memulangkan beg nenek tua tersebut sambil Aziz membawa budak itu jauh daripada tempat kejadian , takut perkara ini dibawa ke balai polis. Aziz dapat meneka yang budak ini bukan meragut kerana suka tetapi terpaksa.


" Baik kau cerita kenapa kau ragut nenek tu kalau tak nak pergi balai " sambil menyentap lengan budak itu. Kelihatan Mizan datang sambil tersenyum lebar. " Woi, Aziz nenek tu bagi 10 ringgit ni, kaya kita ". Berita itu hanya disambut dingin oleh Aziz.  Aziz terus menerus mendesak budak itu untuk menceritakan mengenai kejadian tersebut. " Ni akhir aku bagi peluang , baik kau cakap dengan aku, kenapa kau meragut? " . Perlahan budak itu mula mengalir air mata " aku bukan nak meragut pun , tapi.............".





Monday, April 11, 2016

Kambing dan Serigala...

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Maka keluarlah anak kambing dari kandangnya ingin menerokai hutan tebal warisan bumi. Berlari laju meninggalkan kandang takut dilihat oleh pengembala kambing yang berjaga. Berhenti letih di sebatang sungai , dirinya termenung memikirkan sesuatu. "Aku ni kambing selalu diperlekehkan oleh orang,kata aku binatang busuk la, bodoh la, tak menarik la. Aku dah bosan jadi kambing, aku nak jadi binatang lain". Ketika sedang meneguk air sungai, si anak kambing melihat depannya terdapat seekor serigala sedang berehat di bawah sepohon pokok yang redang. Melihat binatang baru yang amat cool dari sudut pandang anak kambing itu, maka dia pun menghampiri serigala itu dan berlakulah perbualan.

Anak kambing : salam perkenalan, aku ni kambing, aku lihat dirimu sungguh menarik, badan yang besar, bulu yang gelap, wajah yang garang dan banyak  lagi kelebihan dirimu. Bolehkah aku ingin menirumu.

Serigala : salam perkenalan , wahai si anak kambing yang muda. Aku bernama serigala. Sungguh dirimu muda, belajar mengenal kehidupan. Aku ingin nasihat dirimu jangan kau cepat menyimpulkan perkara hanya berdasarkan luaran dan jangan juga kau sekali kali cuba untuk merubah tabiat dirimu hanya kerana kau berasa yang lain lebih menarik. Jika kau kenal siapa dan apa diriku yang sebenar maka kau akan lari jauh dari diriku. Sekarang aku nasihatkan kau supaya kau berjalan dan memerhati bukan hanya berjalan kosong kelak hidupan lain akan memandang mu jelik.

dan seterusnya~~~~~~~..............
                                                                          ****

Terbangun aku daripada tidur, maghrib mendekat asar belum ku tunaikan. Segera aku berwuduk yang batal akibat tidurku dan mula menunaikan kewajipan seorang hamba. Khilafku yang tertidur selepas menghempaskan badanku ke tilam nipis milik penghuni sebelumku (terima kasih ) sejurus pulang dari jadual harianku. Bukan kepenatan tetapi kebosanan dan kekecewaan. Aku termenung sambil menikmati sunyinya persekitaran, damainya angin petang , birunya awan. Teringatku pada mimpi sebentar tadi, bagaimana nasihat daripada serigala tadi menyedarkan aku. Aku mengelamun jauh....

Dunia menuju kedewasaan memang banyak jalan ceritanya. Bagaimana ramai yang mempunyai tujuan yang sama tetapi memilih jalan yang berbeza . Aku sedih apabila mengenangkan apabila terdapat beberapa kenalanku yang begitu asyik dengan penerimaan manusia lain dan persekitaran baru. Mereka yang dahulunya riang,sopan dan naif kini berubah kasar dan teruk. Rokok menjadi teman, dadah menjadi cubaan.  Remaja memang tidak suka berbeza dengan persekitarannya, Begitu juga situasi apabila arus sekelilingnya dalam keadaan terintelektual ataupun golongan menongkah arus, maka dirinya juga berlagak bahawa segala di dunia adalah salah kecuali dirinya. Tidak juga lupa bahawa jika arus dunia yang berdekaan dengannya adalah keadaan yang menogak keburukan tanpa segan silu, maka dirinya yang dahulu lain sanggup menukar imej bagi kelihatan sama dengan sekelilingnya.

                                                                          ****

Jika kita berubah disebabkan persekitaran, kenapa kita tidak mampu mengubah persekitaran? Tidakkah kita yang membentuk persekitaran.

Aku pula? , kekal begini tiada perubahan hanya menulis dan menggemukkan badan. Moga kita mampu merubah keadaan.

* Satu lagi , aku nak tegur pasal common sense, mudah cerita semua orang ada perasaan dan batas kesabaran. So, hanya makhluk yang tak berperasaan seperti meja ,kerusi dan baldi je yang tak fikir pasal perasaan dan diri orang lain. Setiap dari kita perlu tingkatkan kesedaran yang kita hidup dengan manusia bukan dengan makhluk tak berperasaan.

* Bagaimana ithar tu dikatakan begitu jugalah perlu dipraktikan.

# tulisan ini ditulis selepas solat zohor,hehehehe
# tulisan ini juga tidak ada kaitan dengan sesiapa sekadar ilusi penulis.

Sunday, March 27, 2016

Aziz #3 Jangan Dilawan

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

         Beberapa kali kepala aziz ditunjal. Tubuh kecil itu juga diperlakukan seperti punching bag, disepak,ditumbuk dan dipijak sesuka hati. Hujah mereka hanya sebab kami juga dahulu diperlakukan sedemikian rupa, nanti korang masuk tahun senior korang bantai pula junior junior. Alasan bodoh bagi memuaskan nafsu anjing mereka. Jika setiap generasi berfikiran sebegitu , maka sampahlah insitusi persekolahan. Aziz hanya membatukan diri dan memejamkan mata bagi menahan sakit. Setelah puas Aziz diperlakukan tidak kurang seperti tahanan penjara, Aziz kembali ke katil dalam keadaan badan sengal sengal lantas terus berbaring kepenatan.  Sedang asyik Aziz melayan perasaan, tiba tiba terjulur tangan dari katil atas sambil mengenggam botol minyak gamat. Kelihatan sepasang kaki menjulur . “Bukk” bunyi kaki bertemu lantai, tersengih Mizan sambil menghulurkan minyak gamat kepada Aziz. “Aziz,kau  ambil ubat ni,sapu badan kau, aku tengok tadi berani juga kau tolak permintaan Abang Man , Tak pasal pasal malam tadi ko kena ‘tarik’ dengan budak atas” kata Mizan kekaguman. “Aku pun kalau ikut hati nak je lawan balik,ingat aku datang sini ‘kosong’,nak je aku kunci tangan samseng samseng sekolah tu,sebab aku ingat pesan abah aku je jangan guna ilmu silat ni dekat sekolah, kalau tak memang aku ligan dorang”. Mizan hanya memandang simpati dan kagum dengan kawan yang baru dikenaliny itu seminggu. “ Kau ajar aku nanti ye ilmu silat kau tu Aziz”. Hanya senyuman yang dibalas.

          Mizan , budak sebaya yang berasal dari Felda Jengka 19 tidak jauh dari felda aziz. Satu satunya kawan yang sudi berkawan dengan Aziz yang lebih gemar mendiamkan diri dan tidak bergaul bersama manusia. Malam itu, selepas menyapu ubat pada badan Aziz, mereka berkongsi cerita peribadi masing masing. “ Wei Aziz, kau kan dapat masuk kelas 1 Kejora, kau ada kenal tak budak perempuan nama dia Munirah?” tanya Mizan bersungguh. “ Seingat aku jan, macam ada, tapi aku tak pasti la yang mana,pernah dengar nama camtu jela” balas Aziz. “ Kalau kau nak tahu , budak perempuan tu dari felda aku, lama dah aku berkenan, tapi bapak dia garang , pernah aku dikejarnya dengan galah rambutan, mahu aku tak takut dengan bapak dia”bersungguh Mizan bercerita sambil tangannya tak henti menunjukkan gaya. “Garang gila bapak dia, tapi seingat aku ,bukan kau ke yang kantoi curi  durian ladang dia, memang la marah orang tua tu, kalau kau minta sopan sopan elok elok, bukan durian je kau dapat mungkin Munirah sekali bapak dia tawarkan, tula budi tu kena jaga, akhlak tu kena kemas, baru orang suka”. Falsafah cinta ketika umur baru berjinak jinak masuk belasan tahun hanyalah terhad dan jumud pada ‘aku suka la tengok budak ni’ atau ‘suka apabila diri dikaitkan dengannya’ dan pelbagai lagi perasaan aneh yang bertandang atau semangat menjadi paling baik apabila orang yang disukai kelihatan. Terhad dan terbatas, tidak matang dalam mengenali cinta Agung yang sebenar.

          Begitulah tahap kami yang baru permulaan umur kematangan. Tidak membincangkan hal hal berat ataupun common sense seperti masalah ekonomi ataupun kalau aku buat sebegini apa yang akan terjadi?. Hanya berseronok dan cuba menjadi paling cool dalam kalangan teman teman. Kerana yang paling cool dianggap menarik, maka siapa yang mahu ketinggalan peredaran ini. Seluar boot cut menjadi trend, maka berbondong kami memakainya, seluar fit atau cikang mengambil alih trend semasa, maka terjunlah kami kami kedalamnya. Lebih selesa mengikut arus ataupun tidak mahu rasa ditinggalkan. Tidak mahu menjadi berbeza dengan rakan sebaya. Beginilah tahap pemikiran remaja yang dirasakan oleh sesiapa pun yang memerhati. “Jan , aku ngantuk la, esok aku ingat nak outing,nak pergi tengok bandar Kuala Lumpur, kau nak ikut kan?” sambil menutup mulut. “ Nak la, aku dah mintak tolong Abang Paan teman kita esok”. Sambil menarik selimut, Aziz memikirkan keluarga di rumah, sudah seminggu tidak menerima khabar,memang berat bagi anak ini. Jatuh airmata tak tertahan. Moga rindu ini sampai kepada mereka doanya.




Monday, March 21, 2016

Manusia dan Jawatan.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Setiap manusia tidak terlepas daripada tanggungjawab sama ada terpikul atasnya jawatan ataupun tidak. Terdapat lebih 7 billion manusia ,tidak semuanya berkongsi karakter yang sama. Berkenaan jawatan, ada yang sanggup berjuang bagi memenuhi jawatan yang diinginkan, ada yang tidak sanggup menanggung beratnya taklifan, ada yang hanya memenuhi untuk kepentingan diri, ada yang menolak kerana tidak mahu memenatkan diri dan ada yang menerima secara terpaksa. Apa apa pun niat seseorang itu menerima , hanya Allah dan dirinya sahaja yang tahu apa yang disembunyikan dalam hatinya.

                                                                     ****

Nama. Atas benda ini manusia sanggup bergadai prinsip dan maruah. Atas benda ini juga manusia menjadi mulia dan terjaga. Apabila seseorang itu telah membawa nama sesuatu, pergerakannya juga terbatas dan lebih dijaga. Ini yang menjadi ujian buat manusia yang memegang nama. Adakah lakonannya itu atas dasar nama semata ataupun memang wajahnya yang sebenar. Bagi yang kononnya tidak membawa nama apa apa pula bebas melakukan apa sahaja yang disukai. Adakah ini menunjukkan bahawa manusia itu kadang kala berasa takut untuk diberi taklifan dan berselindung di sebalik kebebasan? Adakah mereka berasa jelik dengan tanggungjawab dan mencipta kebebasan sendiri bagi menutup kekosongan mereka? Entahlah itu jawapan kita dengan hati kita. Takdir Tuhan buat masa ini hanya menjadi hujah alasan bagi manusia, bukan lagi sebagai peneman dan pedoman kita.

                                                                      ****

Masih ingat lagi peristiwa yang berlaku ketika berada di tingkatan lima. Apabila terdapat sekumpulan pelajar yang tengah menolong guru mengangkat kerusi ke tingkat atas, terdapat seorang pelajar yang berkata " wei, jom tolong nanti dapat nama " dan ada yang membalas sinis " kalau nak nama tak payah angkat berat berat camni , dari selepas lahir mak bapak ko dah bagi nama , tak cukup ke? ". Walaupun kedengaran janggal tapi melihat kepada mentaliti manusia yang meletakkan nama sebagai tujuan amatlah sedih. Terdapat sebahagian manusia juga hanya akan bergaul atau melayan mereka yang akan menaikkan nama mereka ataupun memberi nilai tambah kepada personaliti mereka. Tidaklah kita perlu hairan ,kerana memang manusia sifatnya begitu, kita hanya dicantikkan akhlak dan dimuliakan dengan ilmu dan kesedaran.

                                                                     ****

Kembali kepada jawatan. Ralitnya, terdapat tiga jenis penerimaan terhadap sesiapa pun yang berjawatan. Yang pertama, dia akan dipuji dan diucap tahniah atas jawatan yang diterima. Dia akan dianggap hebat kerana memegang jawatan. Dia akan dianggap sebagai orang yang memiliki kelebihan yang pelbagai. Benda ini adalah racun bagi setiap sesiapa yang berjawatan jikalau jiwanya tidak kuat dek hamburan pujian kelak hatinya akan tenggelam dan hanyut. Keduanya , golongan yang memegang taklifan akan diherdik malah mungkin dipulau atas sebab jawatan yang dipikul. Mungkin disebabkan berbeza, dia dipandang hina sebegitu rupa .Diperlekehkan kerana merasakan diri yang berjawatan tidak layak dan patut diganti orang lain atau mungkin yang memaki itu sendiri mengimpikan. Herdikan ,Makian dan Tekanan yang diterima perlu disambut oleh jiwa yang besar dan hati yang terbuka. Benda sebegini juga akan melemahkan dan meruntuhkan diri jika jiwa tidak kuat. Golongan yang ketiga, adalah orang yang masih menganggap kita sama dan cuba membantu kita dalam sedar ataupun senyap, yang menyokong kita bersendiri mahupun beramai. Golongan ini jangan kita lupakan kerana mereka itulah nyawa dan cinta.

                                                                   ****

Bagi aku sendiri , tiada apa yang perlu dibanggakan ataupun dirisaukan jika kita memiliki jawatan. Aku sendiri rasa jawatan tiada apa melainkan kerja dan tanggungjawab. Semua orang memiliki tanggungjawab yang berbeza, jadi jawatan hanyalah nama yang berbeza. Hanya yang tidak melihatnya sahaja akan merasakan perbezaan yang ketara. Padahal perbezaannya hanya nama pada tanggungjawab tersebut. Lainlah bagi mereka yang lupa dan endahkan tanggungjawab mereka dan lari bersembunyi daripada tanggungjawab tersebut lalu ,mencipta kebebasan yang menipu.

                                                                    ****

Bagi sesiapa pun yang sedar akan dirinya telah dipertanggungjawabkan dengan sesuatu, kita boleh sedar bahawa kita mampu berhadapan cabaran cuma kita yang mencipta alasan.


*tulisan ini ditulis bagi menghidupkan semangat exam..hehe
*markah yang tidak pernah tidak mengecewakan..hehehe



Thursday, March 10, 2016

Aziz #2 Kehidupan Baru

2~ Kehidupan Baru
     
      Angin perjuangan kehidupan baru berdesup terasa di batang tubuh keding si kechik sejurus  kaki kanan melepasi pintu pagar utama Sekolah Menengah Kebangsaan Cocrane. Selesai pendaftaran sekolah , Pak Osman membawa bagasi penuh Aziz bagi diletakkan di asrama khas bagi anak-anak felda. Sambil berjalan longlai , Aziz menarik tangan Pak Osman sambil mata hampir tumpahkan kristal kesedihan , “ Pak Osman ,kenapa abah nan mak tak ikut ke sini sekali? . Berhenti Pak Osman tanpa jawapan. Mengeluh lama sebelum berkalih ,mata Pak Osman tepat memandang sedih anak kecil ini, Aziz perasan manik jernih tumpah dari hujung mata orang tua yang dikenali rapat dari kecil. Monolog sendiri “ mungkin aku susahkan pakcik kot,hurmm”.

     Selesai mengemas barang barang yang patut, Pak Osman mengajak ke kantin untuk menjamah sedikit makanan. Aziz berlagak kuat menolak pelawaan baik Pak Osman tetapi paluan kompang dan gendang dari dalam perut kosong Aziz tak dapat disembunyikan. “Kau tak perlu la malu malu dengan pakcik ,jom kita pergi makan kejap”, mengalah aziz kelaparan.

        Sepanjang perjalanan menuju ke kantin hanya bertemankan sepi tanpa suara. Pak Osman biarkan Aziz bermain perasaan. Poket bajunya berisi sepucuk surat amanah kepada anak kecil ini. “ Pakcik harap kau tidak menyimpan dendam nak”. Pinggan berisi nasi lemak hanya dipandang sepi oleh Pak Osman tetapi dilahap laju oleh Aziz. Perjalanan selama 5 jam membuat Aziz kelaparan. “ Aziz ni pakcik ada surat dari mak abah kau” tangan dihulur disambut laju oleh Aziz. Surat itu disimpan kemas dalam poket baju kemejanya.


       Aziz memulakan perbualan “ Pak Osman tahu ke kenapa mak abah hantar Aziz ke sekolah ni? Abang Shid dan kakak kakak lain boleh je sekolah dekat kampung?.” Redup mata Aziz menuturkan luahan hati kecilnya. Aziz asyik memikirkan yang mak abah merasakan yang dirinya beban keluarga. Memiliki adik beradik seramai lapan orang ditambah keadaan ekonomi yang kurang stabil membuatkan keluarganya banyak melapik perut daripada mengisi perut. Perlahan Pak Osman beralih tempat ke sebelah Aziz sambil memegang erat bahu kecil anak saudaranya itu. “ Apa pun yang kau fikir Aziz , kau jangan salah faham dekat mak abah kau, Pak Osman boleh janji dengan kau yang mak abah kau nakkan kehidupan yang lebih baik untuk kau.”

       Termenung sendirian Aziz atas katil,bermonolog Aziz “Pak Osman pun dah balik, tinggal aku seorang, tak mengapa Aziz kalau malam malam pun aku boleh pergi ladang abah seorang, setakat Kuala Lumpur ni apa sangat. Aziz kau mesti tunjuk kat yang lain tanpa mereka pun kau boleh hidup.” Kemudian Aziz teringat surat yang dikirim oleh mak abah melalui Pak Osman. Bergegas Aziz ke almari mencapai baju kemeja lusuh yang dipakai ketika pendaftaran pagi tadi. Surat dicapai, lantas Aziz menghenyak badan ke katil semula sambil membaca surat kiriman mak abahnya.Isi kandungan suratnya membuatkan air mata Aziz mengalir laju bak derasnya aliran Sungai Lui. Keadaan Aziz itu diperhatikan oleh sepasang mata tajam. 


Wednesday, March 9, 2016

Aziz #1 Hijrah si Kechik

1 ~ hijrah si kechik

       “Aziz bangun, bapak kau dah tunggu tu, siap lekas”  laung Mak Mah dari dapur. Ditemani udara kampung yang damai, pancaran cahaya matahari yang menyapa pagi dan haiwan haiwan yang berzikir dalam bahasa mereka memuji pemilik segala kekuatan. Termenung budak 12 tahun ke luar jendela kayu leka dan asyik  memerhati ibu kucing yang begitu kasih menjilat bulu anaknya. Tersentak mendengar panggilan ibunya lekas dia mengesat matanya yang berkaca kesedihan. Bermonolog Aziz sendiri , “kenapa mak hantar aku  jauh ke kl, abang abang yang lain tak pulak pergi jauh” . Mak Mah menyiapkan sarapan pagi untuk keluarganya sambil mengomel sendirian “harap Aziz fahamlah kenapa aku terpaksa hantar dia ke kl”. Turun aziz sambil membawa dua beg berisi pakaian dan kelengkapan hidup. Duduk Aziz sebelah kakak sulungnya yang kemas memakai pakaian seragam kerjanya. Senyum dia pada Aziz, dibalas cebikan masam, kehairanan kakaknya tidak memahami situasi dan kegalauan hati aziz.

        “Aziz kau dah siap kemas barang kau?” Tanya ayahnya yang sedang membaca akhbar melayu. “Dah bah, aziz dah siap dari semalam lagi, semua barang dah siap, katil aziz pon dah kemas  nanti adik mi boleh ambil”. Tenang ayahnya membaca rajuk dalam pertuturan anaknya yang keenam daripada lapan orang anaknya itu. Perlahan Aziz menyuap nasi goreng kegemarannya ,tiada selera dek bentak dalam hati yang tak mungkin terluah. “ Lagi 5 minit pak Osman kau sampai, makan lekas”. Selesai makan, duduk kesedihan Aziz di beranda kasih rumah tua yang menjadi tempat perteduhan mereka sekeluarga. “Takpe, aku anak lelaki kena kuat,setakat kl aku boleh tempuh” fikir si kecil dalam meredakan hati yang dalam proses menjadi batu bagi menempuh kehidupan yang penuh penipuan manusia. Perlahan ibunya menghampiri sambil menjinjit plastik berisi sedikit bekalan makanan sarapan tadi, “ Aziz , kau duduk sana nanti elok elok , mak terpaksa hantar kau kesana, orang felda semua hantar anak belajar kl , kata orang boleh jadi pandai”. Lantas  berpaling ibunya menahan empangan air mata keibuan daripada dilihat si anak kecil yang bertatih menuju alam berdikari sendiri. “Insyaallah mak”.

      Perjalanan pengembaraan kehidupan si kecil telah pun bermula. Dalam hati si kecil sibuk membina tembok daripada dicerobohi kesedihan perpisahan, dalam otak sibuk berfikir untuk terus berdiri di bumi lumpur kemegahan umat dan dalam tangan kedap memegang kunci pintu permulaan antara dua darjat. Tekad kuat si kecil dengan azam untuk berdiri sendiri tanpa hirauan manusia , tanpa pantauan keluarga , tanpa bantuan sesiapa ,yang  hanya mengharap pandangnya Pencipta yang MAHA ESA terhadap si kecil yang bermula ini. Permulaan kepada perubahan hidup seorang anak kecil.

Tuesday, March 8, 2016

Siapa haiwan sebenarnya?

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Manusia merupakan makhluk yang dimuliakan oleh Allah dengan pelbagai kurniaan nikmat dan kelebihan. Jika dibandingkan dengan haiwan atau tumbuhan , kita sebagai manusia yang dikurniakan Akal perlu bersyukur dan memenuhi tanggungjawab kita sebagai khalifah dengan sebetulnya.

Tapi begitulah manusia , disamping dikurniakan akal dan beberapa kelebihan ,kita juga memiliki sifat sifat yang menyamakan kita dengan makhluk Allah iaitu haiwan. Betapa punahnya kehidupan bertamadun manusia sekarang apabila nilai kemanusiaan kita abaikan. Hinanya kita sebagai manusia mendabik dada mengaku sebagai makhluk terhebat tetapi realitinya kita yang memusnahkan dan membawa kerosakan kepada makhluk Tuhan yang lain.

Jika kita lihat realiti hari ini, bagaimana manusia semakin mengambil alih tugas binatang dalam kehidupan sosial. Sifat tamak,rakus,kejam dan pentingkan diri sendiri semakin menjadi drama kehidupan seharian. Sebagai contoh kita dapat lihat, bagaimana kawan sanggup menipu kawan demi secuit nikmat dunia yang mana kalau haiwan pun berkongsi hasil makanan bersama. Tambahan lagi , manusia yang kini semakin pentingkan diri, biar aku sahaja yang senang, biar nama aku seorang yang didendang, biar peribadi aku seorang yang dicanang. Sedangkan haiwan saling melengkapi dalam ekosistem mereka tersendiri.

Betapa gilanya manusia, yang tinggi memandang hina yang rendah. Yang rendah bersangka buruk dan berdengki dengan yang tinggi. Ironinya amalan kita tidak seindah percakapan kita. Katakan apa sahaja kata kata manis atau nasihat, manusialh juaranya akan tetapi tiba kepada pengamalan kita gagal. Kita yang dikurniakan segala kelebihan lupa akan tujuan asal sebagai manusia.

Kita lihat macam mana manusia melayan haiwan. Demi menonjolkan imej yang baik, terhegeh hegeh manusia mencari kamera bagi menjadi bukti bahawa kitalah yang paling sayang kepada haiwan. Ironinya,apabila haiwan datang memohon simpati agar diberi sedikit makanan atau perlindungan, kita halau malah sanggup menyeksa mereka. Gamaknya haiwan pun perlu belajar ilmu hebahan agar manusia takut kepada mereka. Manusia sekarang lebih takut diviral atau dihebahkan keburukan mereka berbanding cuai dalam tanggungjawab.

Bukanlah semua manusia sebegitu, cuma sebilangan yang melakukannya.
Jadi, siapa haiwan sebenarnya?


(idea tolong datang please!!!! , saya belanja brosted nak?)....


Wednesday, March 2, 2016

A.J.A.L

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..


Ajal merupakan Makhluk Allah yang pasti,akan tetapi waktu dan keadaannya masih misteri. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut. Pernahkah kita terfikir kenapa manusia begitu suka dan bergembira ketika saat kelahiran akan tetapi duka dan bersedih ketika saat kematian. Padahal kedua duanya adalah ujian Tuhan kepada kita baik kelahiran mahupun kematian. Ini membuktikan satu lagi makhluk Tuhan yang mengambil peranan dalam menentukan perjalanan ini iaitu PERASAAN. Begitu luasnya sifat Maha Adil Tuhan yang tidak memberikan setiap kesedihan dalam ujian dan setiap kegembiraan dalam ujian kehidupan. Kita yang seringkali leka, apabila gembira katanya nikmat sehingga lupa bahawa ini juga ujian. Apabila sedih katanya bala sehingga menyalahkan takdir Tuhan semata. Begitulah lemahnya manusia.

Baru baru ini , saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang guru di sekolah menengah saya. Tidak dinafikan , kesedihan melanda bumi barakah hisamuddin. Betapa pilunya hati kami kerana telah kehilangan dua insan yang amat bermakna dalam hidup kami. Moga Allah merahmati roh mereka dan menempatkan mereka dalam golongan mereka yang mendapat rahmatNya.

                                                                            *****

Sampai sahaja di rumah selepas tamat kuliah , saya membuka wifi handphone , dan ratusan mesej whatapps daripada belasan grup dan individu menerjah masuk. Banyak yang mengarut. Pertama sekali , saya buka whatapps keluarga, dan mendapat berita pemergian seorang guru di sekolah menengah saya dan adik adik saya. Saya terus menelefon umi bagi bertanyakan lebih lanjut. Group sekolah hisamuddin Jordan juga telah mulai dengan ucapan takziah dan innalillah, aku yang lambat kerana ketiadaan internet di  luar rumah.

Dada sebak, airmata bergenang. Umi saya juga seorang guru di sebuah sekolah berhampiran. Justeru, semasa saya berada di tingkatan tiga saya mencari watak guru yang benar benar mirip perwatakan umi di sekolah. Kemudiaan ketemu saya dengan guru ini. Pertama anak anaknya bersekolah di sekolah rendah islam hira , persamaan pertama lulus. Keduanya, dari sudut pemakaian dan gaya sama. Seterusnya, kegarangan beliau juga boleh saya katakan sama dengan umi di sekolah merujuk kepada anak anak murid umi. Check. So, saya jumpa dengan guru yang sama dengan umi. Ini membuatkan saya begitu sedih.

                                                                        *****

Begitu juga ada beberapa kawan yang sebaya telah pergi meninggalkan kami bagi menghadap Ilahi. Ungkapan ajal itu tidak mengenal siapa dan tidak mengenal masa mudah untuk disembang, disyarah dan dinasihat. Hakikatnya realiti berdepan dengan kehilangan itu sendiri sukar untuk diterima. Itulah hakikat manusia yang lemah. Bagaimana kita begitu gah membaca dan menghafal ayat setiap yang bernyawa pasti akan mati tetapi mentadabbur atau beramal dengan ayat ini begitu kurang.


Manusia memang lemah, tetapi ingat jika kita bergantung dengan yang Maha Kuat maka kita akan dibantu untuk berdiri semula.

Jadi paling tidak kita hargailah setiap yang bernyawa disekeliling kita. Tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan dan segala makhluk yang lain.

Walaupun kita berbeza jangan ketepikan persamaan kita yang kita akan berdepan AJAL.


#Blogkutuli..



Saturday, February 27, 2016

Kg Delek....

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Selepas tamat sekolah rendah saya telah mendapat tawaran bersekolah di sekolah menengah kebangsaan berdekatan rumah saya. Selama 4 bulan saya bersekolah disitu, cukup untuk saya menyedari bahawa kita perlu juga melihat keluar daripada kepompong kehidupan yang menawarkan biah islamiah semata.

Semua ibu bapa menyayangi dan inginkan yang terbaik bagi anak anak mereka. Perasaan sayang tidak mungkin berbelah bahagi cuma mungkin perlaksanaan atau persembahan kasih sayang yang silap. Tapi dalam lubuk hati mereka , masih kita sebagai nyawa mereka.

Justeru, dengan perasaan kasih sayang ibu bapa saya , saya dipindahkan ke sebuah sekolah menengah agama di Kg Delek. Disini saya telah didedahkan lagi bahawa bukan semua manusia bernasib seperti kita. Saya amat bersyukur kerana sempat menadah ilmu dan mengukir pengalaman di sini. Sebuah kampung moden yang dihuni masyarakat yang saya amat kagumi.

Sebelah pagi dihabiskan dengan rutin sekolah seperti biasa. Sebelah petang saya akan pergi mengaji dekat sekolah rendah yang terletak di seberang jalan sekolah menengah saya sementara menunggu Abah datang jemput. Bermain futsal menjadi rutin geng geng yang kena mengaji . Kebanyakan kawan sekolah saya tinggal berhampiran sekolah,so tiada masalah untuk kami semua berkumpul untuk bermain futsal di padang Wak Nan. Waktu senggang ini juga saya selalu lepak rumah Kamal untuk tumpang makan. Nasi goreng murah pagi tadi menjadi santapan kami. Kalau Kamal rajin , pekena jugak nasi goreng marjerin.

Pengalaman pertama juga saya menerima pukulan padu di tapak kaki menggunakan batang mop. Kami tidak sempat menyorokkan bukti permainan baling selipar yang sedang berlangsung daripada ustaz yang menjaga kami mengaji. Dengan anak siapa pergi buat hal pergi main tong pemadam api, habis putih jalan simen kami,memang angin la ustaz. Masa rehat 30 minit yang diberi semasa minum petang akan dihabiskan dengan permainan baling selipar dan kejar kejar. Suatu perkara yang susah untuk didapati disekolah sekolah lain.

Saya amat teruja dan cemburu akan kebebasan yang dimiliki oleh kawan kawan saya. Mereka bergembira ronda basikal satu Kg Delek , pergi main futsal kalau nak mewah sikit pergi lepak dekat Arena dan macam macam lagi. Nak cerita kesusahan sebahagian pelajar kampung .Terdapat beberapa kawan saya yang agak susah dan mempunyai masalah keluarga dan pelajaran. Sekelas dengan saya ketika tingkatan satu tetapi umurnya sudah mencecah 15 tahun. Macam mana kawan yang duduk sebelah saya ni, tak datang sekolah selama sebulan untuk kerja bagi membayar yuran sekolah yang tertunggak selama 3 bulan. Ingat lagi seorang lagi kawan saya yang mengalami penyakit lembam, masih lagi sekolah menerima orang sepertinya. Sekolah tercinta ini boleh bertoleransi dengan perkara sebegini. Sebuah sekolah yang didirikan atas dasar untuk memberi pendidikan kepada anak kampung.

Guru guru, ustaz ustazah yang walaupun menerima gaji yang amat rendah dikhabarkan serendah rm 800 sebulan masih lagi kuat dan gigih mnegajar kami erti kehidupan dan kepetingan berilmu. Pengetua yang banyak berkorban demi kami. Dikhabarkan juga pernah sekolah terpaksa ditutup sementara atas kekurangan dana bagi menyelia sekolah. Segala pengorbanan yang dilakukan telah menyentuh hati saya. Saya menyayangi sekolah ini seperti saya menyayangi ahli keluarga saya sendiri.

Saya harap sekurangnya saya dapat membalas jasa sekolah ini suatu hari nanti.

Kepada ustaz2, kawan kawan saya, cikelip,kamal,apek,tupai,khairi,sufian,asaari,aiman,luqman hakim,amin,naim, d-zul dan semua sekali...

Kita doakan arwah kawan kita tergolong dalam golongan yang soleh.

Aku harap kita dapat jumpa lagi, Set futsal kat Arena.

#blogkalinibasah....

Sesumpah....

Bismillahirahmanirrahim...

Orang melayu panggil sesumpah, kalau Mat Saleh panggil chameleon.
Kalau kat Malaysia nak jumpa memang susah macam kalau kat bandar Mafraq Jordan ni macam nak jumpa ikan keli.
Sepanjang 20 tahun hidup saya pernah jumpa sekali je itu pun time sekolah rendah dulu.

Sesumpah ialah sejenis binatang yang kita sudah maklum akan kelebihannya yang mampu berubah warna badannya mengikut persekitaran bagi tujuan perlindungan dan menangkap serangga. Disamping itu, sesumpah juga memiliki daya penglihatan yang luas disebabkan sesumpah memiliki 'stereoscopic vision' yang membenarkan matanya melihat persekitaran dengan lebih luas.

Disini saya ingin kaitkan kelebihan yang telah Allah beri kepada sesumpah terhadap survival kehidupan kita seharian.
Kelebihannya yang mampu berubah warna kulit bagi menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Kita lihat kelebihan ini merupakan antara salah satu survival sesumpah dalam menghadapi cabaran atau ancaman yang mendatang. Begitu juga manusia, amat menarik jika kita mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tidaklah saya maksudkan warna kulit kita, tapi sikap sosial dan pergaulan kita dengan orang yang disekeliling kita. Bak kata pepatah melayu masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu mengembu.

Perkara ini harus dilakukan disetiap masa tak kira lapisan masyarakat apa pun yang kita hadapi. Sebagai contoh, jika kita bersama kawan kawan kita yang kaya atau sombong. Jangan berasa inferior atau tak yakin diri. Bukan bermaksud kita turut menjadi sombong sambil sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit bagi capai standart mereka. Kita perlu bijak dalam mengalahkan ego mereka ataupun paling kurang mereka berasa yang kekayaan atau kemegahan mereka nothing to be compared to you. Seem like dust. Caranya ,hehehe, korang kena tanya pakar, sebab aku pun tengah belajar.

Kemudian apabila kita bergaul dengan orang yang kurang bernasib baik dari segi apa pun aspek kehidupan. Janganlah pula kita bersikap superior terhadap mereka. Layan mereka sepertimana kita ingin dilayan. Mentang mentang kita geng budak budak cool, kita layan yang nerd or geek macam anjing. Kita geng budak sains kita pergi sembang dengan budak cashier segala term sains yang kalau mereka dengar ingatkan nama ultraman. Kalau geng belajar agama ataupun join usrah , kita sembang dengan budak mechanic segala nama kitab ,segala term fiqah,aqidah pulak. Ana enta segala. Memang budak tu pun, terus cari sejadah,ambil wudhu, ucap syahadah balik. Takut tak kuat iman sebab tak pernah dengar benda benda segala ni.

Disini bukanlah saya ingin kata yang kita tak perlu ada jati diri ataupun kita jadi lalang. Kita perlu kuatkan pegangan kita ataupun peribadi kita akan tetapi janganlah sampai kita membuat orang lain rasa tidak selesa akan kehadiran kita.Kita tidak perlu sampai gadaikan prinsip,cukuplah sekadar fleksibaliti kita mampu menarik orang terhadap kita. Sesumpah tak pernah mengaku dirinya kayu tatkala berubah mengikut warna kayu. Begitu juga kita,
supaya pemikiran holier than thou or superior than thou boleh dihakis.

Idea ini muncul selepas solat dhuha ,
so mungkin terpelihara daripada gangguan syaitan,hehehehe..

Wallahualam sekian.

#blogkutuli

Friday, February 26, 2016

Adik Beradik rakan terbaik.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillah dilahirkan sebagai anak kedua, taklifan sebagai the elder aka the leader telah pon disapu awal awal by my sister.

Sebagai abang kepada tiga adik dibawah, agak penat memegang watak sebagai seorang abang yang tegas. Mungkin ini sebagai pemudah cara bagi umi dan abah.
Nak tunjuk garangnya , suatu masa dahulu waktu my first sister gaduh dengan the youngest one, then macam biasa saya aka pbb rumah cuma meleraikan pergaduhan. Then, the thing happened when my sister scold me, "diamlah ariff". Adik bongsu be like "wow beraninya Kak Ika marah Ariff".
Sedih juga apabila adik adik hormat kita melalui rasa takut. Maafkan orang korang.

Time Flies......
story to be told..
Kak Ika sebagai pelindung saya sebab waktu kecil saya seorang yang pemalu and pendiam. Hope now i can stand strong to protect you. Seseorang yang amat saya bangga memiliki pertalian darah dengannya. Seorang yang sentiasa ingin menjadi the best (berbeza dengan saya yang sentiasa qanaah katakan,hehehe,padahal pemalas), rajin, berani dan kuat semangat. Ariff doakan supaya Kak Ika mampu beat Tan Sri Zeti Aziz. Semoga kuat di bumi Uncle Sam, kak..

Ahmad , the one that always calm and listen to me. Saya sendiri kagum dengan ketenangan dan peribadi adik seorang ini. Apa saya cakap, dia percaya , sampai saya kata Beckham coach England pon dia percaya.Maaf tu mad. Semasa Rheumatic Fever serang ahmad time form1 , orang betul2 sedih dan kagum macam mana Ahmad boleh kuat macam tu sekali. Sikit pon tak mengeluh. Ariff doakan Ahmad dapat belajar di bumi sakura.

Anis, orang kata budak ni lebih kurang macam umi waktu kecik. Kepala besar mata bulat. Cerdik katanya, Garang. Rasanya dia ni paling genius sekali antara kitorang. Memiliki adik lelaki dan dua orang abang membuatkan adik saya seorang ini mempunyai pengalaman bermain permainan lelaki. Kesian juga. Mungkin nak latih jadi kuat and survivor. Main bola sekali, lumba basikal sekali dan macam macam aktiviti kitorang dia ikut juga. Ariff harap Anis terus kuat dan jadi qurratu ain umi abah.

Faiz, the last. Aku pun tak tahu spell apa anak bongsu ni guna tapi almost keinginan dia akan tercapai. Rakan baik Ahmad, tempat bergaduh Anis, pengusik tegar Kak Ika dan my prebet,hehehe. Paling kitorang sayang walaupun annoying dia melampau jugak. Segala usikan memang dia tak makan ,jenis jiwa kuat ni. Mungkin paling good looking among us merujuk kepada sumber umi kami. Semoga terus menyerikan rumah . Once baby always baby.


Betul orang kata,
Adik Beradik merupakan sahabat terbaik kita. Hargai mereka sementara masih ada. Jangan disebabkan harta dunia , perhubungan menjadi taruhan. Semoga semuanya dilindungi dan diberkati Allah .

#Blogkutuli

ini cerita semua

bismillahirahmanirrahim.

Meriahnya sambutan kemerdekaan menemani kegembiraan dan kegusaran seorang ibu muda. Bertemankan suami setia yang tidak pernah letih menemani isterinya yang terbaring menahan kesakitan . Cahaya lampu hospital menjadi saksi pengorbanan sepasang suami isteri terhadap bakal cahaya mata mereka.

Isteri : Abang, uji harap sempatlah anak kita ni jadi bayi merdeka ye. Uji dah rasa sakit sakit dari petang tadi. Malam ni sebelum jam 12 sempatla bayi ni keluar.

Suami : Abang harap korang berdua selamat je. Kesian tengok uji sakit macam ni. Waktu atikah dulu senang je rasanya.

Isteri : betul la, mungkin lagi sakit lagi soleh bayi ni nanti.

Suami : ameen, insyaallah. Harapan besar kat anak sulung lelaki ni. Moga pemudah kita di kubur kita nanti.

Azan subuh diiringi tangisan lembut seorang penghuni bumi baru. Azan menyapa gegendang telinga bayi ini pertanda nikmat terbesar islam menjadi rezekinya.

1 haribulan 9 tahun 1996 , 6.12 pagi bermulalah kehidupanku sebagai seorang muslim,anak dan lelaki.

Moga diri kita menjadi penenang hati dan penyejuk mata ibu bapa kita.

sekian,
#blogkutuli

FIRST POST AS BLOGGER

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.

new entry.

Permulaan hidup bersama blog.

Berbekalkan pengalaman menulis bermula tadika sehingga menjawab kertas fiqh ahwal 1 exam final sem lepas. Ditambah dorongan dan nasihat daripada beberapa sahabat. Saya telah mengambil keputusan besar iaitu mendaftarkan diri dalam kelompok blogger.

Doakan agar ianya tidak berhabuk dan dilupakan oleh saya. hehe. Semangat awal tidak menjamin keputusan akhir.

semoga terus membawa manfaat kepada semua..