Total Pageviews

Friday, April 6, 2018

AIMAN 3 : DUNIA TERBALIK

                                                                      بسم الله الرحمن الرح

   Seperti biasa Aiman bangun tidur, selak langsir, berus gigi dan teruskan rutin harian.

                                                                              *******

     Malam itu, ketika imam masih lagi berwirid diikuti sebilangan makmum, Aiman terus bangun dan duduk bersandar di bahagian belakang masjid. Diri itu, ingin bersendirian, berfikir dan melepaskan beban yang terbuku dalam hati.

     Sudah beberapa kali Aiman dilekeh dan dipersoal pilihannya kerana keputusannya yang ingin memilih untuk menyambung bidang perubatan berbanding bidang lain. Banyak lagi bidang yang menjanjikan kehormatan,kemewahan dan kesenangan.

     Pada zaman ini dimana seni dan agama diutamakan dan disanjung berbanding bidang bidang bersifat sains. Bidang sains yang dipandang sebagai bidang golongan pertengahan dan tidak mahsyur.

     Bidang yang dipenuhi fakta,kepayahan dan pulangan yang sedikit. berbanding bidang seni yang bersifat abstrak dan boleh beri mengikut pandangan kita dan memaksa masyarakat untuk akur dan kagum dengan hasil yang ditunjukkan.

     Ingat lagi kalau dahulu, golongan seni dan agama akan diperli sebagai golongan yang tiada masa depan,dituduh sebagai penunggang dan pengambil kesempatan apabila hidup di dalam kemewahan.

     Dan ini semua berubah hanya dengan helaan nafas,terlalu pantas. Sepertinya dunia diterbalikkan.

    Bagaikan mimpi ataupun magis, dunia dan zaman di mana Aiman berada begitu berubah daripada zaman yang pernah diceritakan ibu bapanya dahulu.

    Pada setiap norma dan perjalanan masyarakat yang dahulu itu dikhabarkan telah berubah secara total. Golongan minoriti yang memperjuangkan idea kecil kini menjadi majoriti, orang tidak lagi mengkritik golongan ber-autoriti.
   
    Dunia kini dimana kita dilarang untuk tidak mempunyai impian, hampir semua manusia bercerita tentang impian besar mereka,bagi sesiapa yang tidak mempunyai impian dianggap hina. Manusia memandang rendah dan pelik pada manusia yang hidup pada zon selesa dan hanya ,mengikut rutin harian.

    Dunia kini berfungsi dengan yang baik dianggap normal , yang buruk dianggap teruk. Yang buruk hanya mendapat tempat dalam kalangan orang yang mengamalkannya. Hanya sedikit , minoriti. Seperti biasa, minoriti akan bersuara memperjuangkan hak mereka untuk mengamalkan apa yang dirasakan mereka betul.

    Seingat dia begitulah permulaan bagaimana dunia yang dahulu itu bertukar, bermula daripada instinct survival,kemudian berubah menjadi stabil apabila disokong dan seterusnya menguasai dan mendominasi.

    Aiman mengeluh `` dunia dunia, ramai yang ingin menduga berapa luasnya , tetapi tidak ramai yang mahu bergerak melihatnya ". Ketika dia mendongak ingin memandang bumbung masjid,aneh bintang dan malam terus terlihat tanpa hijab membatas.

   `` Sah " terdetik di hati Aiman.

                                                                 ********

     Seperti biasa, bangun tidur, selak langsir, berus gigi dan teruskan rutin harian. Sambil Aiman membelek wajahnya pada cermin, teringat dia akan mimpi malam tadi.

     Kalau dunia ini betul akan terbalik, dimanakah dia di dalam masyarakat yang terbalik?

     Tanpa dipengaruhi fikiran yang melambatkan, dia menepikan persoalan tersebut dan menjalani harian hidup yang selesa dan normal. Dia lebih selesa begitu.



     

Sunday, January 28, 2018

Aiman 2 : Cinta ini pembunuh atau penyembuh?

     Laju Aiman menongkatkan motosikalnya, dan terus menuju masuk ke warung untuk bersarapan.

     Matanya melilau mencari meja kosong dan dia menjumpai satu tempat yang sesuai untuk merehatkan badan dan otaknya. Setelah semalaman tak tidur, sarapan dan tempat yang baik di awal pagi amat penting untuk memulakan hari yang baru.

     Setelah memesan makanan kegemaran ditambah pula lauk tambahan dan milo panas, Aiman masuk ke dalam mood berfikir.

     Akan tetapi hatinya tidak tenang melihat keadaan baru dan janggal buatnya. Hampir semua orang di warung tersebut fokus dan tidak mengangkat sedikitpun kepala mereka. Mata mereka penuh keasyikan sambil kekadang tersenyum kambing melihat seakan akan alat berbentuk kotak di tangan mereka.

    ` Biarlah, hidup orang jangan kacau ' bisik hati kecilnya.

      Hari ini Aiman perlu mencari jawapan adakah cinta ini membunuh atau menyembuh? Perkara ini lah yang membuatkan Aiman tidak mampu untuk tidur akibat menemani kawannya yang mengadu kehilangan cinta pertama.

      Baginya ini suatu perkara yang cliche dan geli. Masakan manusia yang sebenarnya memiliki banyak perkara dan kasih sayang jatuh dan kalah pada satu hal yang ini.

      Tapi, disebabkan cinta Aiman terhadap kawannya , dia membunuh masa dan ketenangannya untuk memikirkan hal ini.

      Zussss, terasa dejavu menyelesaikan persoalan. Cinta itu memang sifatnya membunuh, yang menyembuh itu kepuasan dalam reaksi orang yang dicintai.

      Dengan pengaliran darah yang sempurna, akal Aiman mula berfungsi berfikir hujah hujah yang hanya berkesan pada hati yang menerima. Tangan kanannya terus menogak air milo panas ke dalam tekak, tangan kirinya pantas menulis.

                                                                  ***********

Kepada sahabatku yang budiman,

      Aku kawanmu yag telah membunuh masa dan ketenanganku untuk dirimu.

      Aku memikirkan bahawa cinta ini memang sifatnya membunuh.

      Lihat kepada contoh Ibu Bapa itu membunuh masa, tenaga dan keinginan mereka untuk diberikan tumpuan dan keperluan anak anak mereka.

      Anak anak terkadang membunuh cita cita dan impian mereka kerana hajat ibu bapa mereka.   

     Seorang pelajar itu membunuh senang lenangnya kerana cintanya terhadap apa yang diingini pada masa hadapannya.

     Banyak juga orang yang membunuh diri kerana mereka bodoh,mencintai orang lain lebih daripada diri sendiri.

Engkau sahabatku,jangan jadi bodoh.

    Kepada yang menyembuhkan itu , aku rasa adalah reaksi orang yang kita cintai yang diterima oleh kita. Jika kita tidak melihat reaksi itu, walaupun mereka telah reaksikan cuma batas penglihatan lemah manusia tidak melihat. Kita akan merasa bahawa hanya berlaku pembunuhan dan ketidakadilan disitu.

    Sebagai contoh, Ibu Bapa itu disembuhkan apabila melihat anak anak mereka membesar dewasa,berjaya dan bahagia.

    Seorang anak itu disembuhkan apabila melihat Ibu Bapanya senang hatinya, senyum bibirnya melihat dirinya berjaya dan menjadi apa yang dihajatkan.

    Seorang pelajar itu disembuhkan apabila usaha bertahun tahunnya itu dihargai dan diterima oleh majikan masa hadapannya.

    Ini semua soal kebergantugan makhluk. Tidak mampu lagi kita sebagai manusia untuk sembuh sendiri.

   Jadi akhir kata sahabatku,
   
   Carilah penyembuh yang jauh lagi banyak daripada perkara yang membunuh kau itu. Engkau tidak melihat luasnya kesembuhan yang orang lain tawarkan kepada dirimu.

   Sebelum aku tutup surat ini,
   
   Apa yang aku tulis ini mungkin engkau hanya akan simpan,engkau mungkin akan baca sahaja. Tapi apa yang akan hutang daripada usahaku ini adalah amal dan sebarkan.

                                                                    *********

Aiman pun tersedar daripada tidurnya , dan cuba mengingat balik apa yang ditulis di dalam mimpinya. Mungkin itu boleh menjadi penyembuh kepada persoalan kawannya malam tadi.



P/S : Yang mencari sahaja akan mendapat isi, yang membaca akan mencipta spekulasi.


Thursday, January 25, 2018

#Aiman : Catatan dua Tanah Haram.

` Often we try, we cry then we fly '

Aiman mengalihkan sebuah kotak dan dibawahnya terdapat sebuah buku kecil. Dia menyelak beberapa halaman berdebu dan ketemukan sebuah catatan dihelaian tengah buku kecil itu.........

19 JAN 2022

     Aku catatkan ini untuk peringatan dirinya, mungkin 10 tahun yang akan datang. Biarpun awal atau lambat lagi dia memerlukan. Tapi cukuplah apabila diperlukan aku ada.

     Moga ini bukan kekalahan bagi dirinya.

     Aku hanya mampu berdiri disamping , keterbatasan aku dalam berkomunikasi dengannya menyekat segala ruang jawapan bagi persoalan dimindanya.

    Setiap kerisauan , setiap gelisahnya menjadi catur bagi diriku. Yang perlu aku susun bijak untuk berjaya.

    Tidak pernah aku berfikir bahawa pengorbanan ini tidak berguna dan sia sia kerana dirinya adalah diriku juga. Padaku dirinya ibarat daun pada pokok, yang menjalankan tugas photosintesis bagi ruang tenaga dan kerja.

    Moga walaupun tidak aku tuju khusus kepadanya tapi tepat sampai dan memberi kesan.

    Tidak aku jauh malah aku sentiasa inginkan kebaikan buatmu.

    Moga engkau sedar pada pengorbanan ini.

                                                                   *********
    Dia menghilangkan sedikit keegoannya untuk menceritakan kepadaku pada malam yang senyap.

    Perbualan yang tidak bersuara, hanya hati dan akal yang bercerita dan berkongsi kisah sesama sendiri. Semuanya hanyalah untuk membantu dia.

    Bilangnya lagi.

  Perjalanan ke tanah haram bukanlah untuk dikhususkan untuk menghadapi hari yang mendatang tapi bagi muhasabah dan memikirkan hal hal yang telah berlalu.

    Perkara perkara yang membantutkan perjalanan seharian perlu diselesaikan untuk menghabiskan baki bulan bulan yang terkahir. Dia kira ini perkara yang penting.

     Apa yang diyakini bahawa Allah itu tidak akan meninggalkan hambanya walaupun yang paling berdosa padanya. Diteruskan zikir dan fikir dengan harapan seperti hari lusa akan berakhir.



                                                                    ***********

     Seorang tua berdiri dan berkata pada yang muda. Adakah seorang lelaki yang menyiapkan diri bertahun tahun untuk mendaki sebuah gunung, dan merasa kekalahan apabila di puncaknya hanya cuaca buruk dan tiada pemandangan indah yang diimpikan? Tidak, berkata pendaki kepada gunung, cuaca ini akan berubah dan aku juga akan bersedia, sedangkan engkau gunung akan kekal dan menungguku.

     Adakah sehelai daun itu berduka apabila dia berguguran? Tidak. Malah berkata pokok pada daun itu, Ini adalah kitaran kehidupan. Engkau mungkin fikir engkau telah mati. Tidak, bahkan engkau kekal hidup di dalam ku. Engkau wahai daun yang diberikan fungsi oleh Tuhan untuk memberi aku pernafasan, makanan dan engkau juga membuatkan aku dicintai manusia. Engkau memberikan teduh kepada para pengembara. Engkau yang membuatkan aku tenang dipandang pada cantiknya hijau warna.

   Losing a battle or losing everything or a precious thing we thought we possessed will bring us moments of sadness. But when the moments pass, we will discover the hidden strength that exists in each of us. A strength that will surprise us and increase our self respect.

                                                                   ***********

   Aiman sedar bahawa catatan ini perlu sampai maklumatnya pada tuan yang dituju.

   Beberapa helaian terus diselak, keinginan Aiman semakin kuat untuk tahu siapa penulis dan kepada siapa yang dituju nasihat ini.

  Siapakah dia dan aku?

  Aiman menjangkakan mungkin ini nasihat abang kepada adik, atau seorang ayah kepada anaknya , mungkin juga pasangan kepada pasangan hidupnya yang dicintai.

   Di akhir catatan tiada tulisan yang menjelaskan siapa dia dan aku. Itu yang menjadi keutaaman Aiman berbanding isi nasihat di dalamnya. Mungkin itu lumrah manusia yang suka lihat pada luaran dan terlupa pada isi dalaman sesuatu.

   Mata hitam Aiman terlekat pada kecil tulisan di halaman terakhir buku itu,selepas beberapa helaian kosong tanpa tulisan.

                                               Aku : Hati ini
                                               Dia  : Aku

     * You have many things to love to, and if they vanish, you will move on, but this one yourself, you only have one. Keep it bright and tight.

# The people who really help others are not trying to be useful, but are simply eading a useful life. They rarely give advice but serve as an example.

Terima kasih pada sumber.
1. Manuscript found in accra - Paulo Coelho
2. Perjalanan ke Tanah Haram.


 


 

Tuesday, July 25, 2017

RAYA AKU DI MALAYSIA. #EDISI MUHASABAH

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

SEBELUM RAYA.

Alhamdulillah , tahun ini aku diberikan rezeki untuk menyambut bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Ramai kawan satu batch aku yang memilih untuk menyambut bulan puasa dan hari raya di Jordan. Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan mereka. Aku pula sudah tentu faktor utama aku adalah disebabkan umi.

Pertama sekali, aku memang balik secara mengejut. Hari untuk balik tu aku masih lagi berhutang beberapa kerja dengan persatuan. Baik dari sudut tenaga mahupun pengurusan teknikal. Jadi aku siapkan segala dokumen penting,passport,tiket dan barang beberapa hari awal.

Di sini , tenaga dan otak aku diuji, untuk pastikan segala perkara berjalan lancar. Pengajaran yang sebelum ini hanya mainan kata kata menjadi nilai tambah yang bermakna buat aku iaitu, kalau kita terdesak atau betul betul memerlukan penyelesaian, insyaallah segala kudrat fikiran dan tenaga kita akan bekerja pada tahap maksimum, tinggal kita sahaja samada nak bertindak atau bermalasan dengan alasan.

                                                                         ********

MALAM RAYA.

Malam raya aku pergi bertakbir di beberapa rumah di kawasan kejiranan aku. Aktiviti yang aku yakin masih lagi dijalankan oleh kariah kariah di sekitar Malaysia. Aktiviti yang menjadikan raya di Malaysia berbeza berbanding beberapa negara lain.

Aku perasaan satu perubahan baru di kawasan kejiranan aku, iaitu ianya telah berubah menjadi 'kampung bandar' . Aku lihat banyak keluarga yang telahpun menjadi 'kampung'. Anak anak yang bekerja ataupun tinggal berjauhan pulang ke rumah mereka untuk menyambut raya bersama. Rumah mereka pula yang menjadi pusat berkumpul keluarga besar. Pakcik pakcik kelihatan mendukung cucu cucu ketika di rumah mereka. Kelihatan jelas masyarakat dimamah usia.

Aku perasan yang masa memang berjalan laju, meninggalkan manusia yang tidak menikmati waktu sekarang,yang tidak merancang masa depan dan yang tidak mengambil pengajaran daripada masa lalu.


PAGI RAYA.

Pertama sekali, of course perasaan pagi raya tu jauh berbeza bila di Jordan dan Malaysia. Apa yang paling menyentuh hati aku, dalam perjalanan menuju ke masjid untuk Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri, aku terlihat seorang lelaki dewasa, aku yakin dia warga Indonesia, menelefon mungkin isteri dan anaknya di sana. Sambil sebelah tangan memegang gambar.

Sedih dan gembira dalam masa yang sama. Biasalah orang Melayu, hari raya sinonim dengan kesedihan lagi lagi  melibatkan hal kekeluargaan. Aku rasa ini juga antara salah satu kelebihan dan kemeriahan orang Melayu bilamana menyambut hari raya. Paling tidak, hubungan kekeluargaan tu masih lagi diambil berat oleh orang Melayu.

Pagi raya di Pandamaran, tengahari terus bertolak ke Pahang.

Cerita raya, kita simpan dalam kenangan. Biar tak tertulis tapi kemas dalam simpanan.

Antara dua nikmat besar hari raya yang aku rasa ialah keluarga dan masa yang berkualiti.



# walaupun selepas sebulan baru dapat semangat nak habiskan tulisan yang tertangguh ini.

IKLAN
# Nasihat untuk semua, aku naqal daripada Jep, " jangan tunjuk kelemahan kita kat orang " " rambut sama hitam, hati lain lain".Hehehehehe.

MAAF SALAH SILAP , SEMUA!!!!!

Tuesday, March 21, 2017

UJI #2: Ini yang terbaik untuk kamu.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM


     '' Uji , takpe ke kamu pergi negara orang putih tu, mak risau la, kawan mak kata kat sana tu kristian kuat, kalau pergi takut kamu terikut orang sana tu '' kata Mak Lah sambil mennyiapkan persediaan untuk berniaga esok hari. Uji hanya melihat sambil tangannya ligat menguli tepung untuk dibuat kuih karipap.

       Sudah menjadi kebiasaan Uji membantu ibunya berniaga semenjak dari kecil lagi. Ayahnya yang terpaksa berhenti kerja sebagai buruh akibat angin ahmar yang dialami ketika Uji masih belasan tahun. Jadi, disamping bergantung daripada hasil wang pencen, ibunya bekerja keras dengan tulang empat kerat bagi membantu suaminya menyara keluarga.

Uji             : Mak jangan risaukan uji, Insyaallah orang elok je kat sana, lagipun bukannya duduk sorang sorang, ada juga Melayu lain kat situ.

Mak Lah    : Takdela mak ni risau kat kamu je. Pergi jauh. Sebelum tu, apa kamu dah tahu nak tukar kos apa?

Uji              : Orang ingat nak ambil Bahasa Inggeris dekat UK sana. Orang memang tak minat bidang Kejuruteraan.

Mak Lah     : Takpe la , mana mana pun mak ni doakan je anak mak ni berjaya dan dapat yang terbaik. Yang tak dapat tu kamu lupakan jela, memang bukan rezeki kamu.


     Uji perasan akan raut wajah maknya yang risau dan sedih dengan bakal pemergian anaknya itu ke negara orang. Akan tetapi, passport pun dah hampir siap, urusan kontrak rasmi yang lain pun telah diselesaikan oleh Uji sendirian. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kumpulan mereka akan bertolak.

   
Seminggu Kemudian......

     " Kak Ji, ada posmen hantar surat, nama kamu tulisnya ni " laung adik bongsu lelakinya dari depan rumah. Uji yang baru selesai menyiapkan makanan tengahari, mengambil surat daripada adiknya. Surat beralih tangan. Mata Uji tertumpu pada sampul surat tersebut.

    '' Uji , kenapa kamu termenung jauh je mak tengok? Ada apa apa ke? "tanya Mak Lah kerisauan. Petang itu suram tanpa pelanggan. Awan mendung. Angin sepoi sepoi membayu. Beberapa motosikal dan kereta singgah dan pergi.

    " Erm, betul mak, setiap yang berlaku, orang yakin ada hikmahnya, orang tak dapat pergi luar negara, kena tukar ke UPM,serdang tapi kos dan biasiswa alhamdulillah masih kekal " hujung kain tudung menjadi mangsa sapuan air mata yang tak tertahan.

    " Mak bukan nak buat kamu sedih lagi, tapi mak doakan supaya kamu ditempatkan di tempat yang terbaik untuk kamu, mak yakin ini yang terbaik untuk kamu ".


                                                                      ***********

Aziz

     Aziz sudahpun  menghabiskan tahun pertama dalam diploma Kejuruteraan Komputer di Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

    Tahun ini juga Aziz bercadang untuk tidak pulang ke rumahnya di Temerloh,Pahang. Aziz berhasrat untuk berniaga dan bekerja di sekitar rumah sewa kawannya untuk menghabiskan cuti sem yang mendatang.

    Duit diperlukan untuk membayar yuran sem yang akan datang. Jadinya, rindu dan hasrat hati mesti ditahan kerana perkara yang lebih penting perlu diutamakan.




# Setiap manusia mempunyai cerita yang tersendiri, terserah pada kita untuk menghargainya. Jangan mudah terpengaruh dan berasa rendah diri dengan cerita orang. Abaikan dan teruskan kehidupan. Setiap kemanisan berbeza rasanya.