Total Pageviews

Sunday, January 28, 2018

Aiman 2 : Cinta ini pembunuh atau penyembuh?

     Laju Aiman menongkatkan motosikalnya, dan terus menuju masuk ke warung untuk bersarapan.

     Matanya melilau mencari meja kosong dan dia menjumpai satu tempat yang sesuai untuk merehatkan badan dan otaknya. Setelah semalaman tak tidur, sarapan dan tempat yang baik di awal pagi amat penting untuk memulakan hari yang baru.

     Setelah memesan makanan kegemaran ditambah pula lauk tambahan dan milo panas, Aiman masuk ke dalam mood berfikir.

     Akan tetapi hatinya tidak tenang melihat keadaan baru dan janggal buatnya. Hampir semua orang di warung tersebut fokus dan tidak mengangkat sedikitpun kepala mereka. Mata mereka penuh keasyikan sambil kekadang tersenyum kambing melihat seakan akan alat berbentuk kotak di tangan mereka.

    ` Biarlah, hidup orang jangan kacau ' bisik hati kecilnya.

      Hari ini Aiman perlu mencari jawapan adakah cinta ini membunuh atau menyembuh? Perkara ini lah yang membuatkan Aiman tidak mampu untuk tidur akibat menemani kawannya yang mengadu kehilangan cinta pertama.

      Baginya ini suatu perkara yang cliche dan geli. Masakan manusia yang sebenarnya memiliki banyak perkara dan kasih sayang jatuh dan kalah pada satu hal yang ini.

      Tapi, disebabkan cinta Aiman terhadap kawannya , dia membunuh masa dan ketenangannya untuk memikirkan hal ini.

      Zussss, terasa dejavu menyelesaikan persoalan. Cinta itu memang sifatnya membunuh, yang menyembuh itu kepuasan dalam reaksi orang yang dicintai.

      Dengan pengaliran darah yang sempurna, akal Aiman mula berfungsi berfikir hujah hujah yang hanya berkesan pada hati yang menerima. Tangan kanannya terus menogak air milo panas ke dalam tekak, tangan kirinya pantas menulis.

                                                                  ***********

Kepada sahabatku yang budiman,

      Aku kawanmu yag telah membunuh masa dan ketenanganku untuk dirimu.

      Aku memikirkan bahawa cinta ini memang sifatnya membunuh.

      Lihat kepada contoh Ibu Bapa itu membunuh masa, tenaga dan keinginan mereka untuk diberikan tumpuan dan keperluan anak anak mereka.

      Anak anak terkadang membunuh cita cita dan impian mereka kerana hajat ibu bapa mereka.   

     Seorang pelajar itu membunuh senang lenangnya kerana cintanya terhadap apa yang diingini pada masa hadapannya.

     Banyak juga orang yang membunuh diri kerana mereka bodoh,mencintai orang lain lebih daripada diri sendiri.

Engkau sahabatku,jangan jadi bodoh.

    Kepada yang menyembuhkan itu , aku rasa adalah reaksi orang yang kita cintai yang diterima oleh kita. Jika kita tidak melihat reaksi itu, walaupun mereka telah reaksikan cuma batas penglihatan lemah manusia tidak melihat. Kita akan merasa bahawa hanya berlaku pembunuhan dan ketidakadilan disitu.

    Sebagai contoh, Ibu Bapa itu disembuhkan apabila melihat anak anak mereka membesar dewasa,berjaya dan bahagia.

    Seorang anak itu disembuhkan apabila melihat Ibu Bapanya senang hatinya, senyum bibirnya melihat dirinya berjaya dan menjadi apa yang dihajatkan.

    Seorang pelajar itu disembuhkan apabila usaha bertahun tahunnya itu dihargai dan diterima oleh majikan masa hadapannya.

    Ini semua soal kebergantugan makhluk. Tidak mampu lagi kita sebagai manusia untuk sembuh sendiri.

   Jadi akhir kata sahabatku,
   
   Carilah penyembuh yang jauh lagi banyak daripada perkara yang membunuh kau itu. Engkau tidak melihat luasnya kesembuhan yang orang lain tawarkan kepada dirimu.

   Sebelum aku tutup surat ini,
   
   Apa yang aku tulis ini mungkin engkau hanya akan simpan,engkau mungkin akan baca sahaja. Tapi apa yang akan hutang daripada usahaku ini adalah amal dan sebarkan.

                                                                    *********

Aiman pun tersedar daripada tidurnya , dan cuba mengingat balik apa yang ditulis di dalam mimpinya. Mungkin itu boleh menjadi penyembuh kepada persoalan kawannya malam tadi.



P/S : Yang mencari sahaja akan mendapat isi, yang membaca akan mencipta spekulasi.


No comments:

Post a Comment